Program
Perundingan Kesihatan
Renal Care Diet Centre
Bimbingan Profesional Untuk Gaya Hidup Lebih Sihat & Fungsi Buah Pinggang Yang Lebih Baik
Di RenalCare.my, kami percaya bahawa perubahan kecil dalam pemakanan dan gaya hidup boleh memberikan impak besar terhadap kesihatan, khususnya bagi mereka yang berisiko atau sedang menghadapi masalah buah pinggang, kencing manis, tekanan darah tinggi dan gout.
Perkhidmatan Perundingan Kesihatan kami dikendalikan oleh Dietitian bertauliah, yang akan membantu anda:
Penilaian kesihatan & sejarah pemakanan secara menyeluruh
Skrin risiko penyakit buah pinggang & penyakit kronik
Pelan pemakanan khusus (individualized meal plan) berdasarkan keperluan sebenar anda
Sokongan motivasi & psikologi untuk bantu anda kekal konsisten
Tips & strategi untuk melambatkan kerosakan buah pinggang dan mengurangkan risiko dialisis
Siapa Yang Sesuai Dapatkan Perkhidmatan Ini?
- Pesakit buah pinggang tahap awal (CKD tahap 1–3)
- Mereka yang ingin elakkan atau lambatkan dialisis
- Pesakit kencing manis, darah tinggi dan gout
- Individu yang baru disahkan mempunyai paras kreatinin atau eGFR tidak normal
- Warga emas dan penjaga yang perlukan panduan pemakanan harian
Semakin awal anda bertindak, semakin besar peluang untuk memulihkan fungsi buah pinggang dan kekalkan kesihatan jangka panjang.
