Program
Kelas Pemakanan
Renal Care Diet Centre
Belajar Kawal Pemakanan, Lindungi Buah Pinggang Anda
Masih keliru apa yang boleh dimakan atau tidak? Tidak pasti bagaimana pemakanan mempengaruhi keputusan ujian darah seperti eGFR, kreatinin, kalium atau protein dalam urin?
Kini anda boleh pelajari semuanya melalui Kelas Pemakanan RenalCare, khusus untuk mereka yang ingin:
Memahami kaitan makanan dan kesihatan buah pinggang
Rancang menu harian yang selamat & seimbang
Faham cara mengawal kandungan garam, gula & protein
Elakkan komplikasi daripada penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi & gout
Siapa Yang Sesuai Dapatkan Perkhidmatan Ini?
- Pesakit buah pinggang tahap awal hingga pertengahan
- Pesakit kronik yang ingin ubah cara makan
- Individu yang ingin elak dialisis
- Warga emas dan penjaga yang perlukan panduan pemakanan harian
