Tentang Kami
RenalCare – Kesihatan Buah Pinggang Bermula Dengan Pemakanan Yang Betul
Di RenalCare.my, kami komited membantu individu yang berisiko atau sedang menghidap penyakit buah pinggang untuk memahami dan mengamalkan pemakanan terapeutik yang berkesan, disokong oleh sains dan pengalaman klinikal.
Dipimpin oleh Puan Nisa, seorang Ahli Dietetik bertauliah yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Dietetik dari Universiti Putra Malaysia (2016), kami telah membantu ramai pesakit:
Visi Kami
Menjadi pusat rujukan utama dalam pengurusan pemakanan untuk kesihatan buah pinggang di Malaysia, dengan pendekatan holistik, berasaskan bukti dan berpusatkan pesakit.
Misi Kami
- Memberi pendidikan pemakanan yang mudah difahami dan relevan kepada pesakit penyakit buah pinggang, diabetes, tekanan darah tinggi dan gout.
- Membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit melalui pelan diet yang disesuaikan, praktikal dan berkesan.
- Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan yang mesra, beretika dan profesional, dikendalikan oleh dietitian bertauliah.
- Menyokong usaha pencegahan dan pengurusan penyakit kronik melalui pemakanan sihat dan gaya hidup sihat.
- Berkembang sebagai platform digital pemakanan kesihatan buah pinggang, yang boleh diakses oleh komuniti seluruh Malaysia.
Tingkatkan eGFR Anda Dengan Pelan Pemakanan Terbukti & Bimbingan Profesional.
Dengan pendekatan yang mesra, berfakta dan disesuaikan mengikut keadaan sebenar pesakit, RenalCare berperanan sebagai pusat rujukan pemakanan khusus untuk penyakit buah pinggang, kencing manis, tekanan darah tinggi, dan gout.
